Mas Sehat | Blog Tentang Kesehatan | Mas Sehat ~ Blog Tentang Kesehatan | www.mas-sehat.com

Apabila Dosa Kecil Berganda Menjadi Dosa Besar


Walaupun terdapat perbezaan antara dosa besar dan dosa kecil, seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan dosa kecil tersebut. Ingat! dengan melakukan dosa-dosa kecil ia akan berganda seterusnya menjadi dosa besar! Semua ini berlaku apabila:


  1. Melakukan sesuatu dosa kecil secara berulang-ulang dan terus menerus. Sesungguhnya, hanya perkara yang baik sahaja yang boleh dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.
  2. Sesuatu dosa di dianggap sebagai perkara remeh. Jangan pernah sesekali mengatakan bahawa dosa itu sebagai perkara remeh walaupun ia kecil, kerana Allah itu Maha Besar lagi Maha Agung.
  3. Timbul rasa bangga kerada dapat melakukan dosa tersebut. Walaupun tahu perkara tersebut dosa, seseorang bangga melakukannya. Dia tidak sedar bahawa dia akan mendapat balasan buruk daripada Allah.
  4. Tertipu dengan nikmat yang Allah kurniakan. Inilah istidraj iaitu seseorang yang diberi nikmat oleh Allah, namun masih kekal melakukan dosa dengan perasaan aman dan tenteram.
  5. Tidak segan-silu memberitahu orang lain akan dosa yang dilakukan. Seseorang yang bersikap seperti ini sebenarnya telah memalukan dirinya sendiri bukan sahaja di hadapan manusia, bahkan di hadapan Allah.
  6. Dosa yang dilakukan oleh seorang ulama atau tokoh dan menyebabkan ramai pengikut turut melakukannya. Oleh sebab itu, ajarkanlah perkara yang benar dan tepat berlandaskan syariat Allah.

sumber: solusi
Terima kasih telah membaca artikel tentang Apabila Dosa Kecil Berganda Menjadi Dosa Besar di blog helloaiman jika anda ingin menyebar luaskan artikel ini di mohon untuk mencantumkan link sebagai Sumbernya, dan bila artikel ini bermanfaat silakan bookmark halaman ini diwebbroswer anda, dengan cara menekan Ctrl + D pada tombol keyboard anda.

Artikel terbaru :

Mas Sehat | Blog Tentang Kesehatan | Mas Sehat ~ Blog Tentang Kesehatan | www.mas-sehat.com