Jelajah Milenia merupakan sebuah program inisiatif khas yang digerakkan di peringkat nasional untuk generasi pewaris negara yang berumur 10 hingga 30 tahun, yang mana ia berkonsepkan Malaysia Alaf Baru yang lebih maju dan progresif. Jelajah ini merangkumi beberapa siri penjelajahan ke seluruh negara yang mensasarkan golongan pelajar, mahasiswa, pemimpin negara dan ibubapa.
Pelbagai aktiviti akan dijalankan bagi meningkatkan kefahaman dan perkembangan terkini berkaitan Dasar dan Pelan Rancangan Pembangunan Negara dan ia juga menyediakan platform untuk golongan muda menyalurkan aspirasi untuk mereka bersama menjadikan hari esok Malaysia yang lebih baik.
Jadi pada 7 Oktober 2017 (Sabtu) ini, program Jelajah Milenia akan bertapak di Universiti Malaysia Pahang kampus Gambang dengan menyediakan pelbagai aktiviti dari 7 pagi sehingga 1 tengah hari. Aktiviti atau program yang bakal diadakan di UMP Gambang seperti:
- Big Walk Milenia
- Dialog Milenia
- Forum Milenia
Syarat Penyertaan:
- Post gambar menarik berkaitan negeri Pahang (masyarakat, makanan, traditional, tempat menarik dll).
- Post hanya dibenarkan satu penyertaan sahaja melalui medium Facebook atau Instagram sahaja (peserta perlu UNPRIVATE akaun).
- Anda perlu post dengan caption yang menarik dan tag akaun rasmi Jelajah Milenia di Facebook atau Instagram.
- Pengumuman pemenang akan dibuat pada 7 Oktober 2017 (Sabtu) melalui medium Facebook dan Intagram.
- Post bertarikh 4, 5 & 6 Oktober sahaja yang akan diterima (Masih sempat woi)
- Hadiah usha sini
Nah dengar Wany Hasrita nak kabo ter
Jadi kepada warga UMP datanglah dan memeriahkan program. Mana rasa program ni kabo takda manfaat, hujung minggu tu siapkan assignment, study, siapkan FYP, siapkan project yang tertangguh sejak awal sem. Kalau rasa siap belaka dah, boleh la datang, ambil ilmu sikit-sikit kan. hoho
Untuk maklumat lanjut, boleh terjah di socmed mereka:
Twitter: https://twitter.com/jelajahmilenia
Instagram: https://www.instagram.com/jelajahmilenia
Website: www.jelajahmilenia.my
Terima kasih telah membaca artikel tentang
Jelajah Milenia Kini Di UMP Gambang, Pahang
di blog
helloaiman
jika anda ingin menyebar luaskan artikel ini di mohon untuk mencantumkan link sebagai Sumbernya, dan bila artikel ini bermanfaat silakan bookmark halaman ini diwebbroswer anda, dengan cara menekan Ctrl + D pada tombol keyboard anda.