Robot Unicorn Gundam Bakal Menemui Peminat Di Odaiba | Pada bulan Mei yang lepas, jika anda peminat Gundam pasti anda tahu bahawa patun gergasi RX-78-2 Gundam di telah pun dicabut oleh pihak Gundam. Mungkin ramai yang kecewa bila dengar berita ini masa tu. Tapi bukan dengan berita itu saja, pihak Gundam juga telah memberi tahu bahawa RX-78-2 bukan sahaja dicabut malah akan di ganti dengan Gundam yang baru iaitu Gundam Unicorn.
Aku sebelum ini pernah jejak kaki di Tokyo dan berpeluang melawat Odaiba secara dekat pada tahun 2016. Aku juga berkesempatan untuk datang di Divercity Tokyo Plaza dan melihat sendiri betapa besarnya patung gergasi RX-78-2. Kalau pada robot gergasi yang lama, hanya kepala yang bergerak dengan pusing ke kiri dan ke kanan.
Gambar di waktu petang
Gambar di waktu malam
Sedikit info berkaitan Unicorn Gundam ni:
Nama: RX-0 UNICORN GUNDAM Ver.TWCTinggi keseluruhan: 19.7m
Berat: 49 tan
Tarikh pembukaan: 24 September 2017, Ahad
Alamat: Tokyo, Koto, Aomi 1-1-10 DiverCity Tokyo Plaza Festival Plaza
Jadi mana-mana peminat Gundam atau traveler yang akan berkunjung di Tokyo pada masa terdekat ini, jangan lupa pada 24 September ini secara rasmi pembukaan Unicorn Gundam di Odaiba. Kalau korang nak tahu lebih lanjut perjalanan Unicorn Gundam (ada gambar, video, cerita) ini, korang boleh follow twitter yoshi115t, tetapi tweetnya dalam bahasa Jepun la.
Pandangan hadapan
Pandangan belakang
Terima kasih telah membaca artikel tentang
Robot Gergasi Unicorn Gundam Bakal Menemui Peminat Di Odaiba September Ini
di blog
helloaiman
jika anda ingin menyebar luaskan artikel ini di mohon untuk mencantumkan link sebagai Sumbernya, dan bila artikel ini bermanfaat silakan bookmark halaman ini diwebbroswer anda, dengan cara menekan Ctrl + D pada tombol keyboard anda.