Mas Sehat | Blog Tentang Kesehatan | Mas Sehat ~ Blog Tentang Kesehatan | www.mas-sehat.com

Perjalanan Selama Di Tokyo, Japan

Perjalan Selama Di Tokyo, Japan

Alhamdulillah sejak zaman belajar ini kali ke 3 aku dapat jejak kaki di negara orang. Sebelum negara ini, aku dapat jejak kaki di bumi Istanbul dan buat Umrah di Mekkah Jadi untuk kali ke 3 ini dapat jejak kaki di bumi samurai, bumi matahari terbit, bumi yang pedat dengan manusia, iaitu di Tokyo, Jepun. 



Trip kali ni berlaku pada bulan Oktober 2016 iaitu lebih tepat 21 Oktober sehingga 27 Oktober. Aik, kenapa sekarang baru nak tulis entry? Sebab blog ni wujud baru 4 bulan lebih. So, baru la muncul hehe. Sebenarnya aku dah berhajat sangat dapat jejak kaki di Jepun ni sejak keluar cerita Jejak Jepun hos Zizan tu, tambah plak Jejak Jepun Jihan. Akak, adik dan sepupu aku pernah jejak ke sana tinggalkan aku. Aku tak pergi trip akak aku sebab tengah final exam.

Sejak zaman diploma lagi, aku berhajat yang aku mesti pergi oversea di bawah mana-mana program universiti. Alhamdulillah zaman degree baru hajat aku tercapai dengan berpeluang pergi ke Jepun di bawah program around the world 2016 yang dianjurkan oleh pihak International Office Universiti Malaysia Pahang sendiri. Jadi trip aku ni lebih kepada lawatan sambil belajar. Nama program kami:

AROUND THE WORLD: WASTE TO WEALTH: INTEGRATED MUNICIPAL SOLID WASTE MANAGEMENT AND JAPANESE HYGIENE

around the world

Jadi kat sini aku taknak cerita procedure untuk join, cari sponser atau sebelum program bermula. Aku lebih ingin berkongsi pengalaman selama berada di Tokyo. Jadi lebih kepada travel la ni. hehe

Perjalanan aku ni disertai oleh 10 orang dan seorang kawan yang guide kami selama berada di sana. Taqim, dayah, ucu, mira, apiz, hari, zarina, hasan, aku dan jack. Dan aku nak minta maaf kalau banyak info yang tak cukup sebab dah tak ingat sangat sebab tahun lepas kan hehe. Jika anda nak buat sebagai rujukan santai boleh la.

Tokyo Japan

Memang rezeki kami, walaupun tempahan tiket dibuat hanya sebulan sebelum tarikh flight, kami dapat tiket yang bagi aku murah. Sebabnya, tarikh tempahan sebulan sebelum berangkat dan kami dapat flight MAS dengan hanya rm1100. Dengan MAS dapatlah makan free dalam flight. hehe

Fligt kami take off 10.50 pagi dan perjalan ambil masa 7-8 jam. Jadi sampai sana dalam pukul 7 malam lebih di Narita Airport. Disana kami tunggu alip untuk bawa terus ke tempat penginapan di akihabara.

airbnb

Jadi malam tu kami tak pergi mana-mana la. Nak jalan pun kedai pukul 8 pun dah start tutup. Jadi jalan berhampiran tempat tinggal je la. Masuk familymart cari makan.

Hari Pertama

Perjalan Selama Di Tokyo, Japan

Untuk hari pertama kami akan melawati Eco Life Museum yang terletak di Kawasaki area. Tempat ni senang cerita seperti tempat industri. Di muzium ni kami dapat belajar sedikit sebanyak bagaimana mereka well manage waste product seperti sampah dan waste heat di tukarkan kepada steam yang digunakan di kediaman dan bangunan sekitar Tokyo.

Perjalanan untuk sampai ke destinasi kali ni perlukan 2 jenis public transport iaitu train dan juga bas serta of course kene berjalan kaki sedikit.


Eco Life Museum

Eco Life Museum

Eco Life Museum

Eco Life Museum

Eco Life Museum

Eco Life Museum

Jadi lawatan habis lebih kurang jam 2 petang. Kami di bawa ke sebuah masjid yang bernama Assalam Masjid untuk solat sudah tentu

Assalam Masjid

Assalam Masjid

Singgah makan mee udon dan udang tempura dulu

Selesai solat, atas permintaa kaum wanita, kami di bawa melawati suatu kawasan yang kaya dengan textiles iaitu Nippori Textile District untuk shopping kain. Naik bawa kain made in Japan balik ke Malaysia untuk dibawa sebagai hadiah. Yang femous seingat aku kat sini kedai Tomato.

Nippori Textile District

Nippori Textile District

Nippori Textile District

Selesai shopping kain, kami berangkat pulang, dan hari ke-2 baru la kita dapat tahu yang tempat tinggal kami dekat sangat dengan Akihabara Electric Town. Ala yang syurga anime, video game, figurine, comics tu. Jadi sebab malam tu dah sampai agak petang, so tak jadi la nak usha lama-lama tempat tu. Just go through dan mark any interested shop. Sebab hostel dekat je, nanti every night boleh la lepak situ je kan cuci mata. hehe

Akihabara Electric Town

Akihabara Electric Town

Akihabara Electric Town

Akihabara Electric Town

Akihabara Electric Town

Akihabara Electric Town
Supermario bersama GOkart

Akihabara Electric Town
Barang rare, tape dan juga CD PS1 and PS2. 50Yen je.

Hari Kedua

Jadi untuk hari seterusnya, mengikut jadual, kami akan ke Yumenoshima Tropical Greenhouse Dome. Seperti biasa perjalanan kami hanya dengan menaiki train dan kali ni tanpa bas. Jadi untuk hari ni kami berjalan kaki agak jauh untuk sampai ke destinasi. Ala jalan dalam cuaca sejuk tak rasa apa-apa la. Kami sampai ke Tokyo dalam musim luruh, jadi suhu lebih kurang 16 degree. Jadi takda la sejuk dan sudah tentu tak panas kan

Greenhouse Dome ni lebih kepada penjagaan ecosistem di dalam cuaca yang sederhana. Walaupun di luar sejuk, tetapi di dalam dome ni panas dan sangat sesuai untuk tumbuh-tumbuhan untuk hidup. Apa yang kami dapat tahu, cara mereka panaskan dome tu dengan menggunakan heater yang dipanaskan oleh steam dan steam tersebut datang daripada waste product dan ditukar kepada bentuk steam. Tapi aku tak pasti adakah ianya betul-betul datang daripada Kawasaki area yang kami lawati sebelum ni. Ada kemungkinan juga.

Jadi kat sini korang boleh jumpa macam-macam jenis tumbuh-tumbuhan sampai pokok durian pun ada. haha Kami juga bernasib baik, pekerja di dalamnya ada yang boleh berbahasa Inggeris, jadi sepanjang disana kami dapat explaination yang details tentang tempat tersebut. Takda la tengok saja kan.

Yumenoshima Tropical Greenhouse

Yumenoshima Tropical Greenhouse

Yumenoshima Tropical Greenhouse

Yumenoshima Tropical Greenhouse

Yumenoshima Tropical Greenhouse

Yumenoshima Tropical Greenhouse

Yumenoshima Tropical Greenhouse

Yumenoshima Tropical Greenhouse

Selesai siri penjelajahan di dalam dome tersebut, kami menaiki train menghala ke Odaiba. Jadi sebelum ke sana, atas permintaan beberapa crew, kami singgah di Tokyo Disneyland hanya untuk bergambar. Tak masuk pun! Jadi kalau nak layan Disneyland boleh datang Tokyo, tapi kalau nak layan Universal Studio kene pergi Osaka. 

Tokyo Disneyland

Tokyo Disneyland

Dah settle situ, gerak terus ke Odaiba. Aku kalau awalnya bila dengar Odaiba ni yang aku ingat adalah stesen TV Tokyo dan juga Digimon. hahaha Kalau korang tengok Digimon tu, kat Odaiba la dieorang berlakon

Sebenarnya Odaiba ni adalah pulau buatan yang awalnya dibangunkan menggunakan sampah dan tanah pada tahun 1800. Orang Jepun ni memang terkenal dengan sikap kitar semula, sampai sampah dibuat pulau. Pada awalnya dijadikan sebagai tempat pertahanan dan kini sudah menjadi tempat wajib pelancongan kalau dah sampai Tokyo ni.

Kebiasaanya kalau di tempat bukan negara Islam ataupun tempat yang takda masjid, pelancong biasanya akan mencari tempat yang lapang untuk solat. Sebab kami akan lunch di dalam DiverCity Tokyo Plaza, jadi kami decide untuk solat di dalam terus, jadi kami solat di kaki tangga kecemasan tempat yang kurang laluan orang. Sebelum tu si alip yang guide kami tu cadang untuk solat di dalam fitting room yang biasa mereka buat di Mall lain. Tapi shop yang kami masuk ni fitting room dia nampak kaki, jadi terbatal la niat. Nak cari shop lain macam tak sempat dah. Jadi lah Muslim yang bijak!


Takoyaki
Dalam ni baru sotong fresh haram jadah. Sedap gila

Odaiba

Jadi petang tu, kami hanya habiskan masa di lokasi berdekatan dengan pantai. Dahulunya Divercity Plaza ni terkenal dengan Robot  RX-78-2 Gundam bersaiz 18 meter tinggi. Sini juga perkara wajib untuk tangkap gambar jika anda sampai di Tokyo. Tapi yang tak bestnya pada Mei sebelum ni, robot tersebut telah dicabut sepenuhnya. Sempat juga la aku bergambar. hehe katanya akan diganti dengan RX-0 Unicorn Gundam

RX-78-2 Gundam

RX-78-2 Gundam

RX-78-2 Gundam
Kami jumpa rakyat Malaysia lain di sana. Ajak bergambar la kejab. 

RX-78-2 Gundam

Dari tempat kami lepak petang tu, kami dapat tengok rainbow bridge (ala-ala golden gate bridge), Statue Liberty yang lebih kecil dan tarian lampu di bangunan Fuji Television iaitu TV Tokyo. Serius lawa tarian lampu siap ada background music lagi. Memang best layan perasaan duk tepi pantai ni. Lebih kurang pukul 6 kami pulang, sebabnya pukul 5 dah gelap di sana masa tu sebab musim luruh kan.

Statue Liberty

Statue Liberty

Hari Ketiga

Seterusnya kami menuju ke UENO. Kat sini ada ada UENO Park. Di sini kami hanya berjalan dan tangkap kenangan untuk disimpan. hahaha Kami datang bukan waktu puncak musim luruh, jadinya daun belum bertukar ke kuningan-merah sangat. Jadi nak bergambar belum sampai tahap wow lagi la. Tapi takpa, kenangan tu yang penting. wow tak wow lain cerita kan

UENO

UENO

UENO

UENO

UENO

UENO

UENO

kebab UENO
Serius sedap kebab turki dieorang ni. Pedas pedas manis dia. Padu beb!! 500 yen

Selesai di UENO, kami terus ke Asakusa. Jadi apa ada di sini? Di sini terkenal dengan sebuah temple yang katanya temple tertua di Tokyo bernama Sensoji Temple. Sebelum sampai ke temple tersebut anda akan melewati pintu gerbang utama iaitu Kaminarimon dan selepas itu anda aku jumpa deretan kedai cenderahati yang dipanggil Nakasime Street. Jadi kat sini la kami borong cederehati untuk yang tersayang di tanah air.

Asakusa

Asakusa

Asakusa

Asakusa

Asakusa

asakusa

Asakusa

Asakusa

Jadi perut dah lapar, kami singgah ke kedai ramen halal yang terdapat di asakusa ni iaitu Naritaya. Kat kedai ni juga ada disediakan ruang solat. Dah solat semua, boleh la makan ramen macam naruto tu. Bukan ramen korea deh.

Selesai UENO dan Asakusa, kami terus pulang. Penat katanya berjalan seharian

ramen naritaya

ramen naritaya

Hari Keempat

Jika hari-hari sebelum ni kami naiki train dan berjalan kaki, kali ni kami sewa kereta plak untuk ke Gunung Fuji. Sebenarnya boleh je nak ke sana menaiki public transport, tapi kami decide lebih senang menaiki kereta. Perjalanan bermula lebih awal daripada biasa dan ambil masa dalam 2 jam untuk sampai ke kaki Gunung Fuji. Rombongan kami tidak bernasib baik sebab kami tak dapat tengok gunung Fuji daripada jauh. Jadi tak nampak la bentuk gunung tu. Sebab hari tu hujan dan berkabus. Frust woiiii!!

Jadi kami hanya singgah di kaki gunung Fuji dikawasan yang ada winter sport. Kira lebih kurang amik mood gunung Fuji la. hehe

Gunung Fuji

Gunung Fuji

Gunung Fuji

Gunung Fuji

Gunung Fuji

Gunung Fuji

Lebih kurang 1 jam di sana kami menuju Gotemba Premium Outlet untuk shopping diri sendiri plak. Di Johor aku tak pernah pergi di Genting pun belum, jadi aku decide pergi Japan Premium Outlet la hahaha Kat sini la depa borong kasut setiap seorang, yup iainya berpatutan dan ada yang murah.

Hari itu kami lebih ditemani dengan air hujan je. Sepanjang hari juga la hujan.

Hari Kelima

Untuk hari terakhir lawatan kami pergi ke Namikibashi Recycle Centre yang terletak di bandar Shibuya. Di sini kami belajar bagaimana proses pembaharuan atau guna semula barangan perabot yang dibuang. Secara ringkas, di pusat ini mereka membaiki semula barangan perabot yang telah dibuang dan diguna serta dijual semula dengan harga yang jauh lebih murah. Info yang aku dapat kebiasaanya perabot lama akan banyak dikumpul pada bulan 3 sebabnya pada bulan ini ramai penduduk yang akan berpindah atas sebab kerja. Jadi nak bersihakan rumah, dieorang buang la perabot lama. 

Namikibashi Recycle Centre

Namikibashi Recycle Centre
Masa ni aku cuba google di mana tandas mungkin hahaha

Namikibashi Recycle Centre

Namikibashi Recycle Centre

Namikibashi Recycle Centre

Namikibashi Recycle Centre

Namikibashi Recycle Centre

Namikibashi Recycle Centre

Namikibashi Recycle Centre


Selesai di recycle centre kami amik masa sedikit berehat di kawasan Shibuya Crossing dan sudah tentu untuk tangkap kenangan. Ala dalam Tokyo Drift tu ada kan, duk racing di Shibuya Crossing ni. Katanya hampir 1 juta manusia akan gunakan crossing ini setiap hari. Sepanjang duk lepak tengok orang, tak pernah kosong crossing ni. Gila la orang jepun ni, waktu kerja tu. Kalau masa balik kerja tak tahu la keadaan dia. Disini juga kalau korang datang, akan nampak patung anjing yang bernama Hachiko. Ikut cerita, ada seekor anjing yang menunggu tuannya yang mana tuannya sebenarnya dah meninggal tetapi anjing tersebut terus menunggu di Shibuya tu sampai mati la kot. Gitu la lebih kurang.

hachiko

Shibuya Crossing

Shibuya Crossing

Shibuya Crossing