Mas Sehat | Blog Tentang Kesehatan | Mas Sehat ~ Blog Tentang Kesehatan | www.mas-sehat.com

MS Paint Telah Dihentikan Pembangunannya

RIP MS Paint
Sumber
Sebagai pengguna windows, sudah pasti kita telah mengenali serta pernah menggunakan pelbagai aplikasi sedia pasang di komputer kita. Dalam banyak-banyak aplikasi tersebut, kita mesti pernah guna 1 aplikasi tersebut walaupun sekali iaitu MS Paint. Ya! aplikasi dimana kita boleh melukis, mewarna sekali gus dapat menghasilkan seni master piece dengan menggunakannya. Penghasilan aplikasi MS Paint bermula pada tahun 1985, jadi umurnya sudah menjangkau 32 tahun tetapi tetap releven digunakan pada masa kini.




Jadi pada minggu lepas, pihak microsoft telah mengumumkan untuk menghentikan pembangunan aplikas MS Paint ini bermula dengan update Windows 10 yang baru yang bakal tiba tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, pihak mereka juga memberitahu, walaupun MS Paint tidak lagi dibangunkan tetapi anda boleh dapatkan atau download aplikasi tersebut di Windows Store. Jadi iainya seperti MS Paint mempunyai rumah baru, jika sebelum ini siap pasang di peranti, tetapi kali ni perlu dapatkan di Store.
ms paint
pc world
Dalam masa yang sama juga, pihak microsoft mengingatkan tentang versi Paint yang baru iaitu Paint 3D yang katanya fungsi pada MS Paint yang lama ada pada Paint 3D yang baru ini selain fungsi penghasilan gambar 3D itu sendiri. Jadi korang masih boleh meneruskan penghasilan seni master piece anda itu di Paint kelak.

Bagi aku yang tak pandai pun melukis ni, MS Paint banyak membantu dalam fungsi compression image. Bila sesuatu gambar dimuat naik ke MS Paint, kita boleh compress gambar tersebut ke saiz data yang lebih kecil tanpa menggunakan aplikasi lain selain menggunakan MS Paint ni.

ms paint
sumber

ms paint
sumber

Jadi mungkin ada kenangan dengan MS Paint ni kan masa mula-mula pegang komputer. Boleh la share di ruang komen. 
Terima kasih telah membaca artikel tentang MS Paint Telah Dihentikan Pembangunannya di blog helloaiman jika anda ingin menyebar luaskan artikel ini di mohon untuk mencantumkan link sebagai Sumbernya, dan bila artikel ini bermanfaat silakan bookmark halaman ini diwebbroswer anda, dengan cara menekan Ctrl + D pada tombol keyboard anda.

Artikel terbaru :

Mas Sehat | Blog Tentang Kesehatan | Mas Sehat ~ Blog Tentang Kesehatan | www.mas-sehat.com