Masalah Verification Phone Number pada SGShop Malaysia | Mungkin ramai dah tahu apa itu SGShop dan mungkin ada yang segelintir tidak tahu apa itu SGSHop. Sedikit pemberitahuan, SGShop ni merupakan agent sah yang menjual barangan daripada Taobao.com dan website ini merupakan salah satu tapak jualan yang terbesar di negara China yang menjual pelbagai produk sama ada pakaian, alatan elektrik, kasut, alatan rumah dan sebagainya. Jika di Malaysia, Taobao ni macam Lazada la senang cite. Tapi jika anda buka laman web tersebut, sudah tentu iainya sepenuhnya tulisan cina, jadi pihak SGShop Malaysia mengambil inisiatif menjadi agent kepada pihak Taobao untuk rakyat Malaysia shopping barangan China direct daripada negara tersebut.
Jadi untuk membolehkan kita shopping atau membeli barangan melalui SGShop ni, sudah tentu kita perlu daftar sebagai pengguna. Jadi nak daftar anda boleh pergi ke laman web www.sgshop.com.my:
- klik register
- masukkan email, username, password dan phone number
- phone number perlu disahkan atau verify terlebih dahulu
Jadi bahagian sini la sebahagian pengguna akan mengalami masalah iaitu apabila mahu untuk verify number telefon. Sebelum ada rakan blogger yang katanya tak dapat join contest sgshop shopping credit disebabkan hal ini dan ada juga aku tengok pengguna mengadu di bahagian komen di post facebook.
Sebenarnya isu ini juga terjadi pada aku pada mulanya. Aku cuba daftar di website memang tak boleh sebab aku tak berjaya nak verify no phone sebab tak dapat text code, jadi macam mana aku nak join contest kalau usernama takda kan. Rupa-rupanya boleh daftar tanpa verify no phone melalui aplikasi SGShop sendiri. Alhamdulillah. Jadi dapat la join contest dan menang beberapa daripadanya. Dapat la shopping. hehe
Jadi semalam aku dah start nak shopping dan buat pembayaran, tetapi malangnya disebabkan belum verfiy no phone aku tidak dibenarkan untuk proceed bayaran. Rupanya penting juga verify no phone ni. Aku cuba sekali untuk dapatkan text code daripada pihak SGshop, masih tak dapat. Jadi aku mengambil langkah lain dengan live chat terus. Aku chat terus melalui applikasi SGSHop.
Jadi kat sini korang boleh terus live chat dengan pihak SGShop dan tanyakan apa masalah korang. Untuk penyelesaian masalah aku dan orang ramai ni, pihak SGShop sendiri bagi text code tersebut dan aku hanya perlu copy and paste sahaja. Sekarang dah berjaya pun dan boleh shopping pun hahaha. Jadi kalau anda ada masalah verification phone number iaitu masalah untuk dapatkan text code, anda boleh terus live chat pihak SGShop.
Terima kasih telah membaca artikel tentang
Masalah Verification Phone Number pada SGShop Malaysia
di blog
helloaiman
jika anda ingin menyebar luaskan artikel ini di mohon untuk mencantumkan link sebagai Sumbernya, dan bila artikel ini bermanfaat silakan bookmark halaman ini diwebbroswer anda, dengan cara menekan Ctrl + D pada tombol keyboard anda.