Cara Membuat Pengeluaran Duit Tanpa Kad (Cardless Withdraw) di mesin ATM Maybank | Entry kali ni sebagai perkongsian kepada semua pengguna tegar mesin ATM Maybank terutamanya di Malaysia. Entry kali ni juga mungkin berguna kepada yang jarang membawa kad ATM Maybank bersama ataupun berguna kepada yang lupa atau tertinggal membawa kad ATM tersebut. Perkongsian ini telah dikongsi oleh sebuah page di facebook Malaysia Viral Story.
Jika kita mahu keluarkan duit daripada mesin ATM sudah tentu memerlukan kad ATM itu sendiri, tetapi bagaimana kalau kad kita tertinggal di rumah? Mungkin akan merumitkan lagi keadaan selepas itu. Jadi pihak Maybank telah mengeluarkan initiatif dengan mengeluarkan duit di mesin ATM Maybank tanpa menggunakan kad atau digelar Cardless Withdraw. Tetapi untuk mengeluarkan duit tersebut mesti ada syarat dan aku rasa syaratnya semua orang boleh penuhi dengan jayanya kerana anda hanya perlukan:
- Smartphone,
- Internet
- Akaun Maybank2u
Cara-cara sebelum ke mesin ATM adalah:
- Log In maybank2u seperti biasa
- Klik tab Accounts & Banking, pergi bahagian Transfers
- Cari menu under Cardless Withdrawal, klik Open Cardless Withdrawal
- Masukkan No Telefon Sendiri, Nama Penuh & Jumlah Duit berapa yang mahu dikeluarkan sama ada 100, 200, 300 sahaja *ada servis caj RM1.06 termasuk gst
- Tandakan setuju dibahagian I hereby read and understood the Terms and Condition dan klik Continue
- Kemudian request for TAC number (kod number yang akan dihantar di phone anda dan masukkan di ruang disediakan) selepas itu klik Confirm.
- Kemudian, pihak Maybank akan hantar 16 atau 17 digit no ID bersama kod pengesahan melalui SMS menggunakan no phone yang dimasukkan tadi. No ID tersebut akan digunakan di mesin ATM untuk pengeluaran. No ID tersebut hanya valid 24 jam sahaja.
- Jadi anda kene berada di mesin ATM bersama no ID dan kod pengesahan dalam masa 24 jam daripada tempoh memohon.
Cara-cara sesudah sampai di mesin ATM adalah:
- Pergi di mana-mana mesin ATM Maybank dan tekan mana-mana button di menu ataupun keypad. Pilih bahasa kemudian pilih Pengeluarkan Tanpa Kad.
- Masukkan 16 atau 17 digit no ID yang diterima melalui SMS tersebut dan pilih Ya
- Kemudian masukkan juga kod pengesahan 6 digit dan pilih Ya
- Setelah seleisai, duit akan keluar seperti jumlah yang kita mohon di Maybank2u sebentar tadi
- Selesai
Terima kasih kerana membaca Cara Membuat Pengeluaran Duit Tanpa Kad (Cardless Withdraw) di mesin ATM Maybank. Kalau ada apa nak kongsi atau komen, silalah.
Terima kasih telah membaca artikel tentang
Cara Membuat Pengeluaran Duit Tanpa Kad (Cardless Withdraw) di mesin ATM Maybank
di blog
helloaiman
jika anda ingin menyebar luaskan artikel ini di mohon untuk mencantumkan link sebagai Sumbernya, dan bila artikel ini bermanfaat silakan bookmark halaman ini diwebbroswer anda, dengan cara menekan Ctrl + D pada tombol keyboard anda.